Wednesday, 23 September 2015

Analisis kesalahan tatabahasa berdasarkan petikan

Petikan : TEKS UCAPAN  YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA

SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2015

            Alhamdulillah segala puji bagi Allah, kerana dengan rahmat dan izinNya maka pada petang yang penuh keberkatan ini, kita dapat bertemu sekali lagi bagi meraikan Sambutan Hari Belia Negara bagi tahun 2015.
            Saya bersyukur kerana di atas keizinanNya, maka Hari Belia Negara dapat kita jayakan buat kali ke-45 sebagai tanda penghargaan Negara kepada golongan belia. Pelbagai inisiatif pembangunan belia telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk menghargai dan menyerlahkan potensi golongan belia. Dari tahun ke tahun, kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan tidak pernah gagal melaksanakan sambutan Hari Belia Negara yang disambut pada 15 Mei setiap tahun. Kejayaan melaksanakan sambutan Hari Belia Negara ini menunjukkan bahawa kerajaan komited dan sentiasa meletakkan golongan belia sebagai aset penting negara. Golongan belia hari ini akan menentukan hala tuju negara pada masa akan datang. Sebagaimana tahun-tahun sebelum ini, sambutan Hari Belia Negara akan dimeriahkan lagi dengan Festival Belia Putrajaya (FBP). Tahun ini, Putrajaya “Bandar Mesra Belia” sekali lagi akan meriah dengan pelbagai aktiviti yang telah disusun selama tiga hari bermula pada 22 Mei hingga 24 Mei 2015. Walau pun sambutan Hari Belia Negara 2015 dilaksanakan dalam skala yang lebih kecil berbanding tahun-tahun sebelum ini, namun saya percaya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah Berjaya membawa satu gelombang baru kepada strategi pelaksanaan Sambutan Hari Belia. Kita mula laksanakan festival ini pada tahun 2012 dan KBS telah membuktikan bahawa festival belia tahunan ini telah berjaya menarik golongan belia dari seluruh negara termasuk antarabangsa untuk datang ke Putrajaya. Penglibatan golongan belia di dalam pelbagai aktiviti pengisian Sambutan Hari Belia Negara telah membantu menjayakan program ini. Pihak kerajaan percaya, menerusi pendekatan “Dari Belia Untuk Belia” akan dapat menyerlahkan potensi modal insan belia yang lebih cemerlang. Konsep “Dari Belia Untuk Belia” menunjukkan bahawa kerajaan membuka ruang seluas-luasnya kepada golongan belia untuk memberi idea dan menyumbang bersama dengan kerajaan untuk menggerakkan inisiatif pembangunan belia negara. Saya percaya, kesepaduan diantara belia pebagai latar belakang bersama pihak kerajaan akan memberi impak positif kepada pembangunan negara. 8. Atas dasar itu, Sambutan Hari Belia Negara tahun ini menonjolkan konsep “Showcase of Talent”. Penyerlahan bakat di kalangan belia dipaparkan melalui empat zon iaitu: Keushawanan dan Kreativiti (sebagai Zon Utama); Komuniti; Aktif dan Seni; serta Sains. Konsep “Showcase of Talent” ini menyediakan ruang dan peluang kepada golongan belia daripada pelbagai latar belakang di pelbagai peringkat untuk menyerlahkan potensi modal insan mereka. Aktiviti penonjolan bakat di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan dilaksanakan dan kemeriahan pelaksanaan pelbagai aktiviti-aktiviti ini pastinya telah dapat menyuntik azam kepada golongan belia untuk lebih berjaya menyerlahkan potensi mereka. Kerajaan melalui KBS sentiasa berusaha untuk memantapkan kualiti belia Malaysia daripada pelbagai aspek. Salah satu inisiatif KBS terkini adalah melaksanakan pendekatan baru Rakan Muda yang berteraskan aspek pemerkasaan remaja. Melalui konsep perkembangan dan penyerlahan bakat (Showcase of Talent), para remaja akan berkongsi pengalaman dan melaksanakan program bersama remaja lain, mereka berkongsi pengalaman, dan meningkatkan (upgrading) kemahiran serta ilmu pengetahuan secara bersama. Ilmu atau bakat yang ada pada diri remaja itu akan dikongsi dan disalurkan kepada remaja lain dalam pelbagai pendekatan seperti mengadakan bengkel, latihan, kursus, kerjasama dan lain-lain pendekatan yang bersesuaian dengan penyerlahan bakat. Pelbagai bakat boleh diketengahan dan dikongsi bersama dalam pelbagai bidang seperti kesenian, kerohanian, kesusasteraan, sains, teknologi, alam sekitar, sukan, kecergasan, keusahawanan, pertukangan, digital, muzik, kraf tangan, kebudayaan, kulinari, akademik, soft skill, tarian, penulisan dan sebagainya. Potensi, kreativiti dan bakat golongan remaja akan didedahkan, dibangunkan dan dikembangkan melalui program Rakan Muda baru agar mereka dapat menjadi modal insan negara yang berguna. Beberapa program baru akan dilaksanakan seperti: Program Ikonik Rakan Muda; Penyerlahan Bakat Peringkat Akar Umbi; Program Mentor Rakan Muda; serta Dana Online Showcase Of Talent akan mula digerakkan oleh KBS. Saya percaya konsep empowerment sebegini mampu membentuk generasi muda yang lebih berdikari, bertanggungjawab, kreatif dan inivatif. Pastinya, usaha-usaha sebegini akan dapat melahirkan golongan belia bersemangat juang yang positif, mempunyai daya resilience, daya tahan yang kuat dan mampu untk mendepani pelbagai cabaran kehidupan yang serba mencabar. Kerajaan melalui KBS juga telah menggerakkan Program Parlimen Belia Malaysia sebagai satu platform untuk belia menyuarakan idea dan pandangan. Seramai 133 orang belia telah dipilih dan dilantik menjadi Ahli Parlimen Belia Malaysia bagi tempoh 2014-2016 dan mereka ini telah bersidang buat pertama kalinya di Dewan Rakyat pada bulan Januari yang lalu. Saya mengambil maklum, sembilan usul telah dibahaskan semasa Persidangan Parlimen Belia yang pertama tersebut dan kesemuanya telah pun mendapat persetujuan Mesyuarat Jemaah Menteri. Usul Parlimen Belia Sidang Pertama berkaitan inisiatif penubuhan Dewan Belia ASEAN (ASEAN Youth Assemblyl), cadangan penyediaan Kad Diskaun Khas kepada belia bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam darat serta cadangan mewujudkan Institut Soft Skills dalam bidang teknikal dan vokasional membuktikan bahawa belia Malaysia mempunyai kualiti dan potensi kepimpinan yang membanggakan. Saya percaya, Persidangan Parlimen Belia kedua yang telah berlangsung pada 11-13 Mei lalu juga berjaya menyerlahkan potensi serta kualiti kepimpinan semua perwakilan belia yang menganggotai Parlimen Belia Malaysia. Tidak hairan, jika suatu hari nanti beberapa usul Parlimen Belia Malaysia akan menjadi polisi kerajaan. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada KBS atas kejayaan pelaksanaan program Parlimen Belia Malaysia dan saya mahu belia yang menjadi Ahli Parlimen Belia menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk menyumbang kepada pembangunan negara. Jangan jadikan Parlimen Belia ini satu program politik, tapi jadikan ianya sebagai satu platform untuk membincangkan serta mengupas isu-isu pembangunan belia. Pendekatan 6E iaitu Engagement, Empowerment, Education, Entrepreunership, Social Enterprise dan Experience yang ditekankan oleh kerajaan dalam pembangunan belia pastinya akan dapat melahirkan golongan belia yang mampu berdikari, belia yang berwawasan, mempunyai jati diri yang jitu serta boleh menyumbang kepada pembangunan negara di masa hadapan. Mekanisme dan pendekatan tersebut seiring dengan hala tuju Dasar Belia Malaysia (DBM) yang akan berkuatkuasa. DBM akan menjadi rujukan utama dalam kalangan semua pemegang taruh belia sama ada di peringkat penggubal atau pelaksana dasar. Hala tuju dasar ini mengambil kira cabaran utama belia Malaysia yang berhadapan dengan cabaran politik, ekonomi, sosial dan teknologi dalam persekitaran global yang semakin kompetitif. Dasar ini digubal dengan mengambil kira karakter Belia Malaysia. Menurut kajian IYRES pada tahun 2012, karakter belia Malaysia adalah: beragama; cenderung ke aras konservatif; berorientasikan keluarga; pengguna yang dinamik; cenderung kepada teknologi; rajin; optimis tentang masa depan dan sedia untuk didekati. Lantaran itu DBM di gubal dengan matlamat untuk: i. Meningkatkan keterlibatan belia sebagai warga bertanggungjawab dalam inisiatif di peringkat negara, serantau dan antarabangsa; ii. Menyerlahkan potensi belia untuk membina kehidupan yang positif; dan iii. Mengukuhkan akses maklumat yang saksama merentas semua kumpulan sasaran belia berdasarkan bidang keutamaan belia. DBM memberi penekanan kepada empat konsep utama iaitu: i. Had umur setara piawaian antrabangsa; ii. Holistik dan berpandukan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara; iii. Futuristik, relevan dan terkini; dan iv. Merentas pelaksana dan generasi. Berasaskan peremajaan kepimpinan belia, pendayaupayaan orang muda, negara muda dan selari dengan takrifan umur di peringkat antarabangsaa, maka DBM telah menurunkan takrifan umur belia Malaysia daripada mereka yang berumur 15-40 tahun kepada mereka yang berumur 15-30 tahun. Takrifan umur belia yang baru ini akan berkuatkuasa pada tahun 2018. Lantaran itu, KBS selaku badan peneraju pembangunan belia negara telah menyediakan Pelan Peralihan Kepimpinan Belia serta Pelan Komunikasi Dasar Belia Malaysia sebagai panduan untuk menggerakkan segala inisiatif DBM. Semoga tempoh tiga tahun bermula daripada tahun 2015 ini memberi cukup ruang kepada pertubuhan-pertubuhan belia untuk membuat perancangan yang sewajarnya. Kerajaan percaya, melalui DBM potensi modal insan belia akan dapat diserlahkan dengan memberi fokus utama kepada lapan kumpulan sasaran belia iaitu: belia bersekolah; belia pengajian tinggi; belia bekerjaya; perkumpulan belia; belia massa (youth at large); belia Malaysia antarabangsa; belia minoriti dan golongan terpinggir; serta belia berisiko. Selain daripada itu, jaringan kerjasama strategik pemegang taruh dalam Sembilan Bidang Keutamaan belia iaitu: pendidikan dan latihan kemahiran; kenegaraan dan jati diri; gaya hidup sihat dan sejahtera; kepimpinan; kesukarelawanan dan masyarakat sivil; keushawanan; Penyelidikan dan inovasi; profesionalisme kerja belia serta pemberian pengiktirafan kepada belia akan menjadikan golongan belia lebih berkeupayaan untuk menyumbang di semua peringkat kehidupan sehingga ke peringkat antrabangsa.  KBS selaku agensi peneraju pembangunan belia tidak akan berjaya merealisasikan pelaksanaan DBM tanpa sokongan daripada lain-lain pemegang taruh belia. Oleh itu, saya mengharapkan agar semua kementerian, jabatan, agensi dan NGOs yang berkaitan dengan belia bekerjasama untuk merealisasikan pelaksanaan DBM dan komited untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Apabila kita bercakap tentang belia, ianya juga berkait rapat dengan gaya hidup mereka. Oleh itu, bermula pada tahun ini, KBS telah merangka dan melaksanakan program Fit Malaysia secara agresif di seluruh Malaysia sebagai usaha untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berbudaya Sukan. Pelbagai program kecergasan telah dilaksanakan di seluruh negara dan kemuncaknya akan dilaksanakan Hari Sukan Negara. Bermula tahun ini, Hari Sukan Negara akan diadakan pada setiap bulan Oktober dan diharapkan inisitaif ini akan dapat melahirkan lebih ramai golongan belia yang cergas, sihat dan berbudaya sukan. Banyak perkara-perkara penting yang berkait dengan pembangunan belia berlaku dalam negara kita pada tahun ini. Tahun ini, Malaysia menjadi pengerusi ASEAN dan berusaha untuk menggerakkan tiga inisiatif utama iaitu: integrasi pasaran ASEAN dan rakan perdagangan; mengukuhkan kerjasama ekonomi ke arah struktur industri yang lebih maju serta berteknologi tinggi; dan meningkatkan kualiti pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat. Di atas prinsip menjayakan Gagasan Komuniti ASEAN, saya menyeru agar generasi belia Malaysia memahami halatuju gagasan tersebut dan mengambil peluang, terutamanya dalam bidang keusahawanan untuk meningkatkan taraf ekonomi belia dan negara. Belia Malaysia menerusi Industri Usahawan Kecil dan Sederhana boleh mengambil peluang dan berusaha untuk menembusi serta menguasai pasaran di peringkat negara-negara rantau ASEAN. Saya juga mencadangkan supaya belia Malaysia meneroka bidang keusahawanan sosial bukan sahaja untuk dilaksanakan di dalam negara malah dilaksanakan juga di peringkat negaranegara ASEAN dan antarabangsa.  Sesungguhnya pihak kerajaan amat prihatin dengan keperluan hidup belia. Kajian Keperluan Hidup Belia (2013) yang telah dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) mendapati bahawa untuk tempoh dua tahun akan datang, golongan belia amat mengharapkan: pengurangan kos ke atas keperluan makanan/ bahan asas; penurunan kadar cukai kenderaan; penurunan harga rumah; penurunan harga petrol/bahan api; serta tambahan dana pendidikan. Lantaran itu, kerajaan berusaha membantu mempertingkatkan taraf hidup rakyat Malaysia dan membantu meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat akibat kesan daripada ketidaktentuan ekonomi global. Sehubungan dengan itu, salah satu usaha kerajaan dalam memenuhi keperluan golongan muda adalah dengan menyediakan kemudahan pemilikan rumah dengan menyediakan Rumah Mesra Rakyat pada harga jualan RM45,000 – RM65,000 dengan pemberian subsidi kerajaan sebanyak RM15,000 – RM20,000 seunit rumah. Sejumlah 223,000 unit rumah baru telah dibina oleh kerajaan dan sektor swasta pada 2014. Kerajaan juga telah menyediakan RM100 juta untuk tabung penyelenggaraan 1Malaysia di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta RM82 juta untuk memulihkan 20 projek rumah terbengkalai yang melibatkan 8,197 buah rumah. Selain daripada itu, kerajaan turut memperuntukkan RM578 juta kepada Jabatan Perumahan negara untuk membina 16,473 unit rumah Program Perumahan Rakyat. Kesimpulannya, kerajaan sentiasa prihatin kepada kehendak dan keperluan golongan belia dan masyarakat. Pelbagai inisiatif telah dan akan dilaksanakan demi menjaga kesejahteraan kehidupan kita semua di bumi Malaysia yang tercinta ini. Akhir sekali, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah di atas kejayaan penganjuran sambutan Hari Belia Negara 2015 ini kepada pihak KBS dan Majlis Belia Malaysia. Saya percaya konsep “Dari Belia Untuk Belia” dengan tema “showcase of talent” yang diperkenalkan ini akan dapat menyerlahkan potensi modal insan belia yang lebih kreatif dan inovatif serta dapat menyemarkkan semangat perpaduan dikalangan belia Malaysia. SELAMAT MENYAMBUT HARI BELIA NEGARA 2015 DENGAN LAFAZ BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM SAYA DENGAN INI MERASMIKAN SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2015. Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wasalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.


Rujukan: https://www.google.com/search?q=TEKS+UCAPAN+YANG+AMAT+BERHORMAT+DATO%E2%80%99+SRI+MOHD+NAJIB+BIN+TUN+ABDUL+RAZAK+PERDANA+MENTERI+MALAYSIA+SEMPENA+SAMBUTAN+HARI+BELIA+NEGARA+2015&oq=TEKS+UCAPAN+YANG+AMAT+BERHORMAT+DATO%E2%80%99+SRI+MOHD+NAJIB+BIN+TUN+ABDUL+RAZAK+PERDANA+MENTERI+MALAYSIA+SEMPENA+SAMBUTAN+HARI+BELIA+NEGARA+2015&aqs=chrome..69i57.1063j0j1&sourceid=chrome&es_sm=122&ie=UTF-8




Analisis Kesalahan Bahasa Dari Petikan Asal

Berikut adalah hasil analisis kesalahan bahasa yang saya dapati melalui petikan di atas.

            Morfologi adalah bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk dan penggolongan kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam anggota yang sama.

            Petikan yang saya adalah jenis teks ucapan yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia. Namun, saya mengesan bahawa terdapat beberapa kesilapan yang wujud dalam petikan tersebut.


Kesalahan Morfologi:


Kata Sendi Nama

i.        Kesalahan antara kata sendi nama di…dengan imbuhan di

Salah
Betul
diantara
di antara
dikalangan
di kalangan

Analisis:
Kata sendi nama di dan kata sendi nama dengan imbuhan di adalah berbeza kerana ia akan membawa maksud yang berbeza. Bagi kata sendi nama di, ia perlu dijarakkan dari perkataan.

ii.        Kesalahan di antara kata sendi “dari” dan “daripada

Salah
Betul
golongan belia daripada pelbagai latar belakang
golongan belia dari pelbagai latar belakang
bermula daripada
bermula dari

Analisis :
Kata sendi “dari” digunakan dalam hal yang ada hubungan dengan masa, tempat dan arah manakala kata sendi “daripada” digunakan untuk hal-hal yang lebih umum, seperti untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, pertentangan dan menunjukkan keanggotaan.

Kesalahan Penggunaan “di dalam” dan “dalam”

Salah
Betul
Penglibatan golongan belia di dalam pelbagai aktiviti …..
Penglibatan golongan belia dalam pelbagai aktiviti…..

Analisis:
dalam” dan “di dalam” Perkataan dalam yang berfungsi sebagai kata sendi nama hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak. “di dalam” membawa pengertian mempunyai ruang atau jarak.


Kesalahan Penggunaan Kata Ganda
Salah
Betul
pelbagai aktiviti-aktiviti …..
pelbagai aktiviti…..

Analisis:
Mengulang kata atau menggunakan kata ganda selepas kata bilangan jamak (banyak). Aktiviti-aktiviti sudah menyatakan pengertian jamak. Oleh itu tidak sesuai kata aktiviti dijamakkan lagi dan menjadi pelbagai aktiviti-aktiviti.

Kesalahan Penggunaan Tatabahasa

Berikut adalah antara frasa bahasa Melayu yang sering kali diungkapkan secara salah.

Salah
Betul
Kita mula laksanakan festival ini…..
Kita mula melaksanakan festival ini…..
bermula pada 22 Mei hingga 24 Mei 2015.
bermula dari 22 Mei hingga 24 Mei 2015
di masa hadapan…..
pada masa hadapan
mengharapkan agar
mengharapkan/ berharap agar
mencadangkan supaya
mencadangkan
mempertingkatkan taraf hidup
meningkatkan taraf hidup
pada 2014
pada tahun 2014
Kesepaduan diantara belia pelbagai 
latar belakang bersama pihak
kerajaan ...
Kesepaduan antara belia dari berbagai latar belakang dengan pihak kerajaan...

Kesalahan Penggunaan tanda baca  “:”

Salah
Betul
seperti :
seperti
 Analisis:
Tanda baca “ :” tidak sepatutnya terletak di belakang perkataan dalam bahasa Melayu.

Kesalahan penggunaan huruf besar dan huruf kecil

Contoh :
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah Berjaya membawa….(salah)
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah berjaya membawa….(betul)

Kesalahan Ejaan:

Salah
Betul
inivatif
inovatif.
untk
untuk
menyemarkkan
menyemarakkan


 Kesalahan sintaksis:

 i.        Struktur ayat tidak tepat

 Kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.

 Contohnya :
a)    Saya mahu belia yang menjadi Ahli Parlimen Belia menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk …. (Salah)
Saya berharap agar para belia yang menjadi Ahli Parlimen Belia  dapat  menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk….  (Betul)
b)    meletakkan golongan belia sebagai aset penting negara…..(salah)
mengiktiraf kedudukan golongan belia sebagai aset penting dalam sesebuah negara….(betul)
c)    Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan tidak pernah gagal melaksanakan sambutan Hari Belia Negara yang disambut pada 15 Mei setiap tahun. (salah)
Sambutan  Hari Belia tahunan pada hari 15 Mei tidak pernah gagal dilaksanakan   oleh pihak kerajaan melalui bantuan Kementerian Belia dan Sukan. (betul)
d)    pelbagai aktiviti yang telah disusun selama tiga hari….(salah)
pelbagai aktiviti yang telah dirancang selama tiga hari….(betul)
e)    Pastinya, usaha-usaha sebegini akan dapat melahirkan golongan…(salah)
Sudah tentu usaha-usaha sebegini akan dapat melahirkan golongan…(betul)


            Kesimpulannya, terdapat beberapa jenis kesalahan bahasa dari aspek morfologi dan sintaksis yang didapati daripada petikan ini. Kesalahan bahasa ini harus diperbetulkan secara teliti dan tepat agar bahasa yang dihasilkan lebih betul dan lancar dalam bacaan.

Wednesday, 28 September 2011

Pecahan





 














PECAHAN - Menambah pecahan bercampur yang mempunyai penyebut yang berbeza.
.
Nilai pecahan tidak berubah apabila pengangka dan penyebutnya didarab dengan
satu nombor yang sama
.
  • Penambahan pecahan sebagai proses mencari jumlah dua pecahan.
  • Penambahan pecahan diwakilkadengan ayat matematik dan bentuk yang lazim.
  • Penambahan dan penolakan pecahan tidak melibatkan nombor. 

        Contoh:2/3+4/6=0.7778
Penolakan Pecahan

  • Penolakan pecahan sebagai proses mencari beza antara dua pecahan.
  • Penolakan pecahan diwakilkan dengan ayat matematik dan bentuk yang lazim.
         Contoh:6-4/8=2.5

Video yang berkaitan dengan pecahan matematik:

Perpuluhan
  • mewakili pecahan yang penyebutnya ialah suatu kuasa 10,100,1000 dan seterusnya.
  • 0.6=sifar perpuluhan enam
  • 1.6=satu perrpuluhan enam
  • 1.16=satu perpuluhan satu enam
  • 11.16=sebelas perpuluhan satu enam
Penambahan Perpuluhan
  • merupakan proses mencari jumlah-jumlah nombor perpuluhan atau lebih.
          Contoh:22.3+34.1=56.4
  • Penambahan nombor perpuluhan yang tidak sama rata.
          Contoh:2.356+3.8=6.156


Penolakan Perpuluhan
         
  • Penolakan perpuluhan sebagai proses mencari beza dua nombor perpuluhan.Kemahiran menganggar boleh digunakan untuk mencari kemunasabahan jawapan.
  • Anggaran boleh ditahkik dengan menggunakan kalkulator. 
      Contoh: 3.0 – 0.9 = 2.1
                       8.7 – 2.64 = 6.06
Pendaraban nombor perpuluhan hingga dua tempat perpuluhan
  • Pendaraban nombor perpuluhan dengan nombor bulat sebagai proses penambahan berulang.
  • Apabila nombor perpuluhan hingga satu tempat perpuluhan didarab dengan nombor bulat, jawapannya mempunyai satu tempat perpuluhan juga,walaupun digit di tempat persepuluh itu mungkin sifar.
          Contoh:3.4x2.5=8.5
                         6.4x2=12.8

Pembahagian nombor perpuluhan hingga dua tempat perpuluhan

  • Pembahagian nombor perpuluhan ialah proses untuk membahagi pecahan dengan pecahan yang lain,darabkan dengan salingan pecahan tersebut.
          Contoh:3.8÷4=0.95
                         4.2÷4=1.05

Video yang berkaitan dengan nombor perpuluhan:
       
        1.  http://youtu.be/Os7zKwY91LY
        2. http://youtu.be/YmzXY0iQjpY

Tajuk Peratusan



Dalam ilmu matematik, peratusan ialah cara menyatakan nombor sebagai sebuah pecahan daripada 100 (peratus bermaksud per seratus). Ia sering ditandai dengan tanda peratus, %. Sebagai contoh, 45% (dibaca sebagai "empat puluh lima peratus") sama dengan 45 / 100 atau 0.45.


  • Peratusan juga digunakan untuk menjelaskan sebesar mana sesebuah kuantiti dibandingkan dengan kuantiti yang lain. Kuantiti pertama seringkali mewakili sesebuah bahagian atau satu perubahan pada kuantiti kedua, yang sepatutnya lebih besar daripada sifar.
  •  Sebagai contoh, pertambahan $0.15 pada satu barangan yang harga asalnya bernilai $2.50 ialah peningkatan sebanyak 0.15 / 2.50 = 0.06 Nilai ini dinyatakan di dalam bentuk peratusan sebagai peningkatan sebanyak 6%.
Walaupun peratusan selalunya digunakan untuk menyatakan nombor-nombor di antara sifar dan satu, apa jua perkadaran tanpa matra boleh dinyatalkan dengan menggunakan peratusan. Sebagai contoh 111% ialah 1.11 dan -0.35% ialah -0.0035.


Penukaran peratusan kepada pecahan



Contoh:      25% =25/100=1/4
                       50%=50/100=1/2


Penukaran peratus kepada perpuluhan

Contoh:       25%=25/100=1/4=0.25
                       20%=20/100=1/5=0.2


Video yang berkaitan dengan nombor peratusan: